debaran menunggu kelahiran sayang sudah memuncak sejak ibu disahkan mengandung lagi... gembiranya wajah ayah, waktu melihat ada 2 line pada upt test. bermula saat itu, ibu & ayah tidak sabar2 mahu melihat wajah permata kesayangan kami ini.
tepat jam 11.19 pagi isnin (18 disember 2006), lahirnya puteri comel yang amat2 ibu & ayah nantikan.... terjawablah semua persoalan... wajah sayang tidak ubah seperti ayah (sejuk kata orang2 tua jika mengikut muka ayah).... cuma mata yg sepet macam anak cina :)....... inilah dia anak ibu.... nur aisyah nasuha binti mohd. hazizi